Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1442H / 2021M KELOLAAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

IMG_9663.JPG

Selasa, 04 Mei 2021 - Sempena memperingati Sambutan Nuzul Al-Quran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Kementerian dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, bertempat di Dewan Bankuet, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jalan Dewan Majlis.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Qari Jemputan, Yang Mulia Awangku Adi Nazri bin Pg Hj Jofri, Johan Musabaqah Tilawah Quran Belia Kebangsaan 1442 Hijrah/ 2020 Masihi peringkat akhir. 

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pg Ahmad Faris Ramadhani bin Pg Hj Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, dengan tajuk "Ramadhan Membentuk Syakhshiyah Berkualiti'.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 85 orang anak-anak yatim seterusnya yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Di samping menyemarakkan lagi amalan beragama pada bulan suci Ramadan ini, majlis juga dihasratkan sebagai wadah untuk memperingati hari kebesaran Islam bagi meraih keberkatan pada bulan Mubarak ini selain dapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan kerja yang sedia terjalin dalam kalangan warga kementerian semata-mata mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Turut hadir di majlis tersebut Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

IMG_9674.JPG IMG_9722.JPG IMG_9722.JPG

Created at 05/05/2021 11:25 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 06/05/2021 20:14 by Hasrom Haji Mohammad Husain