Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN SOUQSAHUR

IMG_9635.JPG

​Sabtu, 01 Mei 2021 - Majlis Pelancaran Souqsahur anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan sokongan Bank Islam Brunei Darussalam telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku tetamu kehormat pada 18 Ramadhan 1442 bersamaan 01 Mei 2021 bertempat di BIBD Connects Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. 

Souqsahur ialah bazar atau gerai makanan hujung minggu yang menyediakan pelbagai juadah khususnya untuk tujuan bersahur bagi umat Islam sesudah mereka menunaikan solat Terawih. Souqsahur ini dihasratkan dapat meningkatkan lagi silaturahim kekeluargaan dan persaudaraan di samping memeriahkan lagi bulan Ramadhan yang Mubarak. Selain itu, souqsahur ini juga membuka peluang kepa-cla usahawan-usahawan tempatan dalam mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai di samping meluaskan pasaran dan pendapatan.

Souqsahur akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada hari Sabtu, 18 Ramadhan 1442 bersamaan 01 Mei 2021 dan pada hari Sabtu, 25 Ramadhan 1442 bersamaan 08 Mei 2021 bermula jam 9.00 malam hingga 01.00 pagi. Seramai lebih daripada 20 orang usahawan produk-produk makanan dan minuman dari kalangan usahawan-usahawan di bawah program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, usahawan-usahawan di bawah Community for Brunei iaitu inisiatif Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) oleh Bank Islam Brunei Darussalam dan pemilik-pemilik kedai di BIBD Connects Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan telah terlibat.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Brunei dan Muara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Pemangku-Pemangku Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan Bank Islam Brunei Darussalam. 

IMG_9496.JPG IMG_9574.JPG IMG_9651.JPG
Created at 03/05/2021 11:13 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 03/05/2021 11:13 by Hasrom Haji Mohammad Husain