Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75 BAGI TAHUN 2021

IMG_9496.JPG

Khamis, 29 April 2021 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021 telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-75 Bagi Tahun 2021 yang berlangsung di Bilik Persidangan, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri. 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Doa Selamat.  Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dalam ucapan alu-aluannya, antara lainnya mengingatkan bahawa meskipun penularan wabak COVID-19 telah dapat dibendung dari terus merebak di negara ini, acara-acara sambutan perayaan yang dianjurkan nanti hendaklah mematuhi garispandu-garispandu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa bagi memastikan negara kita sentiasa dalam keadaan selamat dan bebas dari wabak tersebut.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah menyeru agar semua agensi Kerajaan dapat mengungkayahkan acara-acara atau apa jua aktiviti yang bersesuaian agar sambutan pada tahun ini akan lebih ceria, meriah, bewarna warni dan menunjukkan kesyukuran atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang adil, bijaksana dan berwawasan hingga menjadikan negara kita sentiasa dalam keadaan yang aman, makmur dan sejahtera.

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 pada tahun ini menyatakan harapan supaya kerjasama yang erat lagi padu daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Jawatankuasa-Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa-Jawatankuasa serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja yang berkenaan akan terus menerus memberikan sokongan, kerjasama, khidmat bakti dan komitmen serta pemikiran yang konstruktif dan positif dalam bersama-sama membuat persediaan awal bagi mempertingkatkan suasana kemeriahan dan kesempurnaan acara-acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sebelum mesyuarat berlangsung, taklimat khas mengenai Situasi Terkini Pandemik COVID-19 telah disampaikan oleh Doktor Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan.

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan termasuklah ketetapan tarikh dan format acara-acara utama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021, Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran dan Istiadat Perbarisan Kehormatan.  Mesyuarat juga membincangkan mengenai Majlis Ramah Mesra dan Junjung Kasih Bersama Rakyat dan Penduduk di seluruh negara, Majlis Ilmu, penerbitan dan percetakan Buku Dirgahayu dan perhiasan bandar seperti pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul, kain rentang dan vertical banner. Acara-acara sampingan juga turut dibincangkan. 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said; Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Eksekutif dari sektor swasta dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021. 

IMG_9450.JPG IMG_9454.JPG IMG_9467.JPG

Created at 29/04/2021 11:59 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 03/05/2021 13:40 by Hasrom Haji Mohammad Husain