Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA 1442H/2021M DAERAH TUTONG

IMG_9274.JPG

Selasa, 20 April 2021 – Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya tahun 1442H/2021M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 07 Ramadhan 1442 bersamaan 20 April 2021 di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Tutong.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut juga diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Tutong.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut menyerahkan wakaf satu unit portable generator bagi kegunaan Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Kampung Sungai Kelugos, Tutong dan diterima oleh Imam Masjid berkenaan. Turut disampaikan ialah penyerahan derma kepada tujuh belas orang anak-anak yatim kawasan Kampung Sungai Kelugos Tutong.

Rombongan juga mengadakan majlis bersungkai bersama penduduk Kampung Sungai Kelugos dan seterusnya menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya merupakan salah satu program kementerian bagi mendekatkan lagi hubungan silaturrahim diantara pihak kementerian dengan pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Disamping itu, ianya juga adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos serta masyarakat kampung. 

IMG_9247.JPG IMG_9285.JPGIMG_9310.JPG 

Created at 21/04/2021 09:11 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 27/04/2021 09:38 by Hasrom Haji Mohammad Husain