Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA 1442H/2021M DAERAH TEMBURONG

IMG_9193.JPG

Sabtu, 17 April - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Ketua Rombongan di Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya 1442H/2021M di Daerah Temburong pada hari ini bertempat di Masjid RPN Kampong Rataie, Daerah Temburong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Abdul Raqib bin Haji Awang dan seterusnya memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Do'a Selamat yang dikepalai juga oleh Yang Mulia Abdul Raqib bin Haji Awang. Acara diteruskan dengan majlis bersungkai bersama penduduk-penduduk kampung berkenaan dan seterusnya menunaikan sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Majlis yang diadakan ini adalah salah satu aktiviti keugamaan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan di samping memakmurkan masjid bersama penduduk-penduduk kampung.  Majlis ini juga diharap dapat mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan masyarakat setempat termasuk golongan belia.

Menyertai rombongan tersebut ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya; Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Temburong; Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid serta jemaah masjid, penduduk setempat dan golongan belia.

IMG_9199.JPG IMG_9202.JPG IMG_9208.JPG

Created at 18/04/2021 16:22 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 27/04/2021 09:39 by Hasrom Haji Mohammad Husain