Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERTIMBANGAN KEMASUKAN PEKERJA-PEKERJA ASING BAGI PERKHIDMATAN DOMESTIK KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Siaran Akhbar MOHA 10042021 Kemasukan Pekerja Domestik 16.35 pm-1.jpg

1.   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula hari Sabtu, 27 Sya'ban 1442H bersamaan 10 April 2021M, pertimbangan kemasukan pekerja-pekerja asing bagi perkhidmatan domestik adalah dibenarkan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.


2.   Pertimbangan bagi kemasukan pekerja-pekerja asing bagi perkhidmatan domestik (seperti pembantu rumah dan pemandu persendirian), kebenaran adalah seperti berikut:

2.1   Bagi pekerja asing perkhidmatan domestik yang mempunyai re-entry visa atau pas kerja yang masih sah dan berhasrat untuk kembali ke Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi bekerja dengan majikan asal.  Lesen buruh yang sah (atau telah diperbaharui) hendaklah dihadapkan bersama permohonan Entry Travel Pass (ETP) pekerja berkenaan;

2.2   Bagi pekerja asing perkhidmatan domestik yang akan bekerja ke Negara Brunei Darussalam bagi mengganti pekerja lama yang telah pulang ke negara asal (bukan tambahan). Job order yang telah disahkan oleh Jabatan Buruh hendaklah dihadapkan bersama permohonan ETP pekerja berkenaan;

2.3   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Buruh akan mempertimbangkan permohonan pengambilan baru bagi pekerja-pekerja asing perkhidmatan domestik secara case-by-case mengikut sukat-sukat yang bersesuaian berserta dokumen-dokumen dokongan untuk membuktikan keperluan untuk mendapatkan pekerja dalam perkhidmatan domestik yang baru.


3.   Dalam hubungan ini, sukacita jua diperingatkan bagi mana-mana permohonan yang telah diberikan kebenaran, pekerja asing yang akan dijamin masuk ke Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk mempunyai keputusan ujian swab COVID-19 (RT-PCR) yang negatif sebelum masuk ke negara ini. Ujian tersebut hendaklah dijalani dalam tempoh 72 jam sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam. Pekerja asing dikehendaki untuk menjalankan ujian swab COVID-19 (RT-PCR) kedua dan pengasingan diri mandatori apabila mereka tiba di Negara Brunei Darussalam, berdasarkan garispanduan dan juga penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan semasa ketibaan ke negara ini.

 

4.   Penjamin (majikan) juga adalah dikehendaki untuk membuat tempahan penginapan di hotel-hotel yang diiktiraf bagi pihak pekerja asing tersebut untuk pengasingan diri mandatori mereka setelah memasuki negara ini. Kadar bayaran hotel-hotel tersebut adalah mengikut kadar hotel masing-masing dan meliputi kos penginapan, makan minum, pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel dan pengangkutan dari hotel ke tempat ujian swab COVID-19 (RT-PCR) dilakukan, selaras dengan SOP-SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

 

5.   Kos bagi ujian swab COVID-19 (RT-PCR) dan kos penginapan bagi tujuan pengasingan diri hendaklah dibiayai sepenuhnya oleh penjamin (majikan).

 

6.   Permohonan Entry Travel Pass (ETP) hendaklah dihadapkan melalui laman sesawang www.pmo.gov.bn/travelportal.

 

7.   Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Buruh melalui talian 2301848 atau melayari laman sesawang Jabatan Buruh www.labour.gov.bn dan/atau menghubungi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di talian 2383106 atau melayari laman sesawang www.immigration.gov.bn.

 

-TAMAT-

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

27 Sya'ban 1442H / 10 April 2021M


Created at 12/04/2021 15:43 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 12/04/2021 15:45 by Kartini Binti Yakub