Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT2 SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 75 KALI KHATAM AHLI2 MPMK, PENUNTUT2 SEKOLAH DAN INSTITUSI2 PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-75 BAGI TAHUN 2021

IMG_8626.JPG

Khamis, 08 April 2021 - Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 75 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021 telah diadakan pada hari ini, Khamis, 25 Sya'aban 1442 Hijrah bersamaan 08 April 2021 Masehi bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah AI-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama dimulakan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.
 
Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 75 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Bagi Tahun 2021; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Kementerian Pendidikan; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Bagi Daerah Belait, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 75 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Mohamad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

Bagi Daerah Tutong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 75 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Tutong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.
 
Bagi Daerah Temburong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 75 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

IMG_8690.JPG IMG_8646.JPG IMG_8679.JPG
Created at 09/04/2021 21:25 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 09/04/2021 21:26 by Hasrom Haji Mohammad Husain