Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT KESEDARAN KANSER

IMG_8522.JPG

Khamis, ​01 April 2021 – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) hari ini telah mengadakan Taklimat Kesedaran Kanser bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Hadir bagi menyampaikan Taklimat Kesedaran Kanser ialah Yang Mulia Datin Doktor Hajah Noraslinah binti Haji Ramlee, Ketua Perkhidmatan Pencegahan Kanser dan Pengesanan Awal, Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).

Taklimat juga diserikan dengan pameran kesedaran kanser dan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (BSE).

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai penyakit kanser di kalangan wanita; meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dengan mempraktikkan amalan cara hidup sihat; meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang cara-cara pencegahan; dan meningkatkan pengetahuan mengenai pengesanan peringkat awal tanda-tanda kanser.

Seramai lebih 40 orang pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menghadiri taklimat ini. 

IMG_8507.JPG IMG_8519.JPG IMG_8549.JPG

Created at 01/04/2021 16:36 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 02/04/2021 16:06 by Hasrom Haji Mohammad Husain