Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

AKTIVITI RIADAH BERBASIKALTON DAERAH BRUNEI DAN MUARA 2021 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-37 TAHUN ANJURAN MPK KAWASAN 2, RPN KAWASAN LAMBAK KANAN, MUKIM BERAKAS ‘B’ DENGAN KERJASAMA JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

IMG_7855.JPG

Ahad, 21 Mac 2021 - Salah satu acara bagi memeriahkan Sambutan hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun 2021, Majlis Perundingan Kampong Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Mukim Berakas 'B' dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengadakan aktiviti sukan Riadah Basikalton Daerah Brunei dan Muara 2021 pada Hari Ahad, 07 Sya'ban 1442/21 Mac 2021 bermula jam 6.00 pagi di Perkarangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jalan Muhibbah, Berakas. 

Hadir selaku tetamu kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga menyertai aktiviti senamrobik/pemanasan badan sebelum membuat kayuhan basikal sejauh kira-kira 7 kilometer. Acara berkenaan yang dikendalikan bersama Mukim Berakas 'A' dan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara. 

Selain dari memeriahkan Sambutan hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun, acara ini antara lainnya bertujuan untuk mengekalkan kesihatan dikalangan peserta-peserta dengan melakukan aktiviti berbasikal serta memupuk iktana silaturrahim dikalangan mereka.

Juga hadir, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Berakas 'B', ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Mukim Serasa , Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed Bin Pengiran Osman@Othman, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

IMG_7782.JPG IMG_7804.JPG IMG_7891.JPG

Created at 22/03/2021 01:53 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 22/03/2021 13:52 by Hasrom Haji Mohammad Husain