Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ BAGI TAHUN 1442H/2021M KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

IMG_7540.JPG

Sabtu, 13 Mac 2021 — Majlis Sambutan lsra' Mi'raj bagi Tahun 1442H/2021M Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Jalan Mulaut, Kampung Limau Manis, Daerah Brunei dan Muara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Khas lsra' Mi'raj yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awg Damit menyampaikan ceramah mengikut tema Sambutan Isra' Mi'raj pada tahun ini bertajuk "Sembahyang Teras Kecemerlangan Umat" yang antara lain mengetengahkan mengenai sifat jujur, amanah dan rasuah di dalam konteks Isra' Mi'raj serta tanggungjawab sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan.

Yang Berhormat Pehin juga telah menyampaikan sumbangan wakaf berupa peralatan kegunaan masjid kepada Awang Hj Khairul Nizam bin Hj Md Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Imam Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung termasuk Ahli Disaster Preparedness Coordinator (DPC) NDMC dan Ahli Takmir Masjid.

IMG_7570.JPG IMG_7522.JPG IMG_7591.JPG
Created at 13/03/2021 18:51 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 17/03/2021 21:14 by Hasrom Haji Mohammad Husain