Rabu, 03 Februari 2021 – Majlis Penyampaian Hadiah Program Kebeliaan 3K Tahun 2020 Majlis Perundingan
Kampung Daerah Tutong telah diadakan hari ini di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan
Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri.
Program Kebeliaan 3K (K3K), Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong dianjurkan bersama oleh
Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Majlis
Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong iaitu sebagai kesinambungan Konvensyen Belia
Majlis Perundingan Kampung 2020 yang telah diadakan pada Februari tahun lalu.
Sebanyak 5 kumpulan terdiri daripada 17 orang belia dan beliawanis Majlis Perundingan Kampung
(MPK) Daerah Tutong telah dan sedang melalui perlaksanaan projek sebenar (real life project) melalui
program berkenaan. Kumpulan belia diberi tempoh selama empat bulan untuk memulakan dan
melaksanakan projek-projek yang berpotensi dapat meningkatkan sosio ekonomi masyarakat kampung
selain membantu meningkatkan kapasiti diri para belia melalui hands on aktiviti yang mencabar.
Projek-projek yang dihasilkan dan dipertandingkan dalam program tersebut ialah:
1
| Belia MPK Sengkarai
| Inovasi Produk Sambal Komuniti Kampung ‘Tutong Flames'
|
2
| Belia MPK Penabai dan Kuala Tutong
| ‘Penabai Funtastic Challenge’
|
3
| Belia MPK Merimbun dan Kuala Ungar
| Tempat Lawatan ‘Labulicious’
|
4
| Belia MPK Panchor dan Penanjong
| ‘Tambang.bn’ Perkhidmatan Menyusur Sungai Tutong |
5
| Belia MPK Kiudang dan Pad Nunok
| Pakej Alam Semula Jadi ‘Lakastah Ke Kampung Kiudang dan Pad Nunok’
|
Pemenang Program K3K menerima hadiah wang tunai berjumlah $1,000 serta sijil penyertaan.
Manakala Pemenang Anugerah Projek Inovasi dan Kreatif menerima hadiah wang tunai berjumlah
$200.
Program Kebeliaan 3K adalah wadah ke arah menyediakan platform kepada belia bagi melahirkan
kumpulan belia sebagai penggerak aktiviti MPK yang menjurus kepada 3 aspek iaitu Kepimpinan,
Kemasyarakatan dan Keusahawanan (3K) yang mampu menyumbang kepada kemajuan yang progresif
dan sustainable di peringkat kampung.
Program ini juga berkait rapat dengan dasar pembangunan belia negara ke arah melahirkan belia-belia
yang berdikari, proaktif dan berdaya maju. Dalam perspektif MPK, belia merupakan antara komponen
utama bagi melengkapkan jentera pentadbiran MPK yang lebih mantap ke arah mengimbangi kemajuan
semasa.
Di antara tujuan dan matlamat program diadakan ialah:
1. Melahirkan belia-belia yang reliable, berkaliber dan cemerlang dalam kepimpinan MPK.
2. Ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035.
3. Memantapkan MPK ke arah melaksanakan visi dan misinya kepada masyarakat dan kemajuan
kampung.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha
Tetap (Bandaran dan Daerah) dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan
Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong serta para belia.
Speech YB Pehin bagi Majlis Belia 3K_3.2.2021.docx
