Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Khas Menjurus Kepada Penerapan Iman Dan Amanah Di Kalangan Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

WhatsApp Image 2021-01-13 at 2.52.56 PM.jpeg

Rabu, 13 Januari 2021 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Ibu Pejabat Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam (General Orders) dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dk Siti Noryol Faeizah Masayu binti Pg Omarali, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para peserta juga berkesempatan untuk mendengarkan taklimat khusus mengenai amanah dan tanggungjawab bekerja yang turut disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Metussein bin Haji Jumat, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Lebih kurang 52 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu  Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.

IMG_5287.JPG IMG_5282.JPG IMG_0281.JPG
Created at 13/01/2021 16:09 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 13/01/2021 16:09 by Hasrom Haji Mohammad Husain