Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Khas Menjurus Kepada Penerapan Iman Dan Amanah Di Kalangan Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

IMG_5226.JPG

Rabu, 06 Januari 2021 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam (General Orders) dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nira Niryanna binti Suhaili, Pegawai Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para peserta juga berkesempatan untuk mendengarkan taklimat khusus mengenai amanah dan tanggungjawab bekerja yang turut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd. Azmi bin Haji Omar, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Lebih kurang 62 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu  Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.

e2c0c190-cf52-434d-a05b-def714748dae.jpg IMG_5244.JPG IMG_5257.JPG

Created at 09/01/2021 09:43 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 07:41 by Hasrom Haji Mohammad Husain