Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN PRODUK KLASIK DAN PREMIUM SATU KAMPONG SATU PRODUK (1K1P)

IMG_4847.JPG

Khamis, 10 Disember 2020 - Majlis Pelancaran Produk Klasik dan Premium Satu Kampung Satu Produk (1K1P) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku tetamu kehormat pada hari Khamis, 24 Rabiulakhir 1442 bersamaan 10hb. Disember 2020 bertempat di BIBD Heritage Branch, Pekan Bangar, Temburong.

Pada Majlis ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah memperkenalkan sebanyak dua (2) jenis produk baru 1K1P iaitu Produk Klasik dan Produk Premium dalam pasaran.

Produk Klasik 1K1P adalah produk-produk asal (original) usahawan 1K1P yang telah dibuat penambahbaikan termasuklah dari segi rasa, warna dan rekabentuk mengikut permintaan semasa.

Proses inovasi produk telah dilaksanakan dengan kerjasama tenaga-tenaga pakar yang terlatih dalam bidang masing-masing. 

Produk Klasik 1K1P dengan konsep Grab & Go ini akan menggunakan pembungkusan yang mesra pengguna (user friendly) dengan sasaran pembelian untuk kegunaan harian (daily use) dan jualan yang cepat (fast sale) dipasaran. 

Manakala Produk Premium 1K1P adalah produk-produk yang melebihi tahap Produk Klasik termasuklah dari segi keunikan citarasa, warna produk yang lebih berprestij dan penggunaan pembungkusan produk yang lebih berkualiti serta memenuhi persijilan dan piawaian untuk pasaran antarabangsa.

Produk Premium ini disasarkan untuk dijadikan sebagai cenderamata korporat dan dijual di outlet-outlet yang dikhaskan sahaja.

Pada masa yang sama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah merangka satu ekosistem pengeluaran dan pemprosesan Produk Klasik dan Premium 1K1P dalam mempastikan ketersediaan produk-produk (products availability) tersebut dipasaran dalam tempoh terdekat disamping menjamin kualiti produk yang konsisten dan penggunaan pembungkusan yang menarik perhatian bakal-bakal pembeli. 

Ekosistem tersebut melibatkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik Kementerian termasuklah Government Link Companies (GLCs) sebagai pusat pengeluaran produk Klasik dan Premium 1K1P berskala besar yang mempunyai tenaga pekerja yang mahir, kelengkapan yang berteknologi tinggi dan mempunyai persijilan bagi memenuhi keperluan dan piawaian tempatan serta untuk tujuan eksport. 

Ekosistem pengeluaran dan pemprosesan ini adalah bersesuaian dengan konsep Whole Of Nation Approach dengan penglibatan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku agensi Kerajaan, Bank Islam Brunei Darussalam selaku Institusi Kewangan Islam yang utama, Government Link Companies (GLCs) dan pihak swasta dalam sama-sama berkolaborasi menjayakan Program Transformasi 1K1P. 

Aktiviti jualan pada hari Khamis, 10hhb. Disember hingga 11hb. Disember 2020 selama dua (2) hari ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang kecuali pada hari Jumaat iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Daerah dan Pemangku-Pemangku Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Bank Islam Brunei Darussalam, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong.
IMG_4914.JPG IMG_5014.JPG IMG_5103.JPG
Created at 11/12/2020 01:49 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 07:42 by Hasrom Haji Mohammad Husain