Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT KHAS MENJURUS KEPADA PENERAPAN IMAN DAN AMANAH DI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

IMG_4760.JPG

Rabu, 09 Disember 2020 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam (General Orders) dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Janatul Juliana binti Haji Ahmed, Penyelia Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Lebih kurang 61 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu  Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.
IMG_4725.JPG IMG_4739.JPG IMG_4767.JPG
Created at 09/12/2020 16:48 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 07:44 by Hasrom Haji Mohammad Husain