Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MEMBACA RATIB AL-ATTAS DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI ULANGTAHUN KE-14 PENUBUHAN PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN PADA 1 OGOS 2020

IMG_3691.JPG

Khamis, 03 Disember 2020 - Majlis Membaca Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran sempena memperingati Hari Ulang Tahun Penubuhan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kali Ke-14 telah diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong, Mukim Pengkalan Batu.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat.
Di majlis ini, Yang Berhormat Pehin telah mamyampaikan sumbangan wakaf berupa peralatan kegunaan masjid yang diserahkan kepada Awang Haj Md. Aduka bin Haji Abdul, Imam Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi sama-sama memohon doa kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala sempena memperingati Hari Ulang Tahun Penubuhan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kali Ke-14 pada 1 Ogos 2020.

Turut hadir di majlis pada petang ini ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara Awang Haji Mohimin bin Johari @ Jahari selaku Pemangku Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kampung, Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung termasuk Ahli Disaster Preparedness Coordinator (DPC) NDMC serta Ahli Takmir Masjid Jefri Blolkiah, Kampung Batong, Mukim Pengkalan Batu.

c.jpg.crdownload IMG_3658.JPG IMG_3679.JPG
Created at 04/12/2020 10:22 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 07:49 by Hasrom Haji Mohammad Husain