Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT KHAS MENJURUS KEPADA PENERAPAN IMAN DAN AMANAH DI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

WhatsApp Image 2020-11-25 at 2.37.46 PM.jpeg

Rabu, 25 November 2020 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nina Niryana binti Suhaili, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky Bin Haji Matassim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Dr Haji Noralizam Bin Haji Aliakhbar, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.

Lebih kurang 47 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.
WhatsApp Image 2020-11-25 at 2.37.47 PM.jpeg WhatsApp Image 2020-11-25 at 2.37.51 PM.jpeg WhatsApp Image 2020-11-25 at 2.37.57 PM.jpeg
Created at 25/11/2020 21:34 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 08:08 by Hasrom Haji Mohammad Husain