Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI FORUM DAN BENGKEL PERANAN BELIA DALAM PENGADAPTASIAN PERUBAHAN IKLIM DAN PENGURANGAN RISIKO BENCANA

IMG_0361.JPG

Seramai 60 orang peserta belia lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun yang terdiri daripada beberapa organisasi belia di negara ini akan menyertai Forum dan Bengkel Peranan Belia dalam Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 18 hingga 19 November 2020 bertempat di Pusat Belia Bandar Seri Begawan. 

Forum dan Bengkel Peranan Belia dalam Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana ini adalah anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam, Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perhutanan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam dan Ahli Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana yang di iktiraf oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan. 

Objektif utama Forum dan Bengkel tersebut diadakan adalah bagi mencapai hasrat menuju ke arah Masyarakat Negara Brunei Darussalam yang berdaya tahan melalui peningkatan program kesedaran dan peningkatan kesiapsiagaan masyarakat terutama dikalangan para belia dalam pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana di negara ini. 

Di samping itu, para peserta yang menyertai forum dan bengkal ini nanti akan di beri pendedahan kepada pengenalan pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana di peringkat global, serantau dan kebangsaan yang menjelaskan cara dan tindakan yang di ambil bagi mencapai hasrat untuk menjadikan masyarakat yang berdaya tahan dari pelbagai sudut dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak dalam sama-sama mendokong dan merealisasikan hasrat tersebut. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga merasmikan majlis pembukaan rasmi forum dan bengkel tersebut.

Di dalam ucapan Yang Berhormat Pehin adalah menjadi harapan agar melalui penyertaan para belia dalam forum dan bengkel ini akan dapat meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang ramai dan meningkatkan lagi penglibatan para belia dalam mendokong dan membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan program, projek dan aktiviti berkaitan Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana bagi mencapai hasrat ke arah masyarakat yang berdaya tahan bencana (Disaster Resilience Nation).

Dihasratkan agar forum dan bengkel ini mencapai objektif yang dihasratkan. 

Turut menyertai Forum dan Bengkel dua (2) hari ini adalah Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pengasas Bersama dan Pengarah Penglibatan Masyarakat, Green Brunei.

Selain itu, turut hadir ke Majlis Pembukaan Rasmi Forum dan Bengkel tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Created at 18/11/2020 15:29 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 18/11/2020 15:29 by Hasrom Haji Mohammad Husain