Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Khas Menjurus Kepada Penerapan Iman Dan Amanah Di Kalangan Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya

IMG_0269.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Dk Siti Noryol Faeizah Masayu binti Pg Omarali, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Dr Mikdar bin Ruslin, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Lebih kurang 63 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.
Created at 11/11/2020 16:38 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/11/2020 16:38 by Hasrom Haji Mohammad Husain