Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Mengenai Pencegahan Rasuah

IMG_0186.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pagi ini telah mengadakan satu taklimat mengenai pencegahan rasuah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 10 November 2020, 8.15 Pagi, bertempat Di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara. 

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Biro Mencegah Rasuah ini adalah satu inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang dibuat secara berfasa yang mana disasarkan untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Taklimat ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran serta menambah ilmu pengetahuan mengenai hal ehwal rasuah yang mana adalah sangat penting untuk difahami tentang bahayanya melakukan perbuatan rasuah serta risiko yang boleh merosakkan akhlak dan juga negara.

Selain daripada itu taklimat ini juga dihasratkan meningkatkan kefahaman mengenai rasuah serta mengenalpasti proses penambahbaikan dan memastikan compliance ke arah pengurusan yang lebih cekap.

Adalah diharapkan dengan adanya sesi-sesi taklimat ini akan dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta-peserta taklimat bagi menanai tugas dan tanggungjawab khususnya sebagai warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga sebagai Warga Perkhidmatan Awam amnya.

Hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Perwakilan daripada Biro Mencegah Rasuah dan Taklimat Mengenai Pencegahan Rasuah disampaikan oleh Dayang Hajah Norashiken Binti Haji Mat Salleh, Penyiasat Khas Kanan, Penceramah Khas daripada Biro Mencegah Rasuah (BMR), Jabatan Perdana Menteri. 

Lebih kurang 60 Orang Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan-Jabatan dibawahnya menghadiri taklimat tersebut.

Taklimat Mengenai Pencegahan Rasuah akan diadakan secara berterusan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Created at 11/11/2020 15:43 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/11/2020 15:43 by Hasrom Haji Mohammad Husain