Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMEDULIAN WARGA EMAS

IMG_9760.JPG

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong me­muji usaha Persatuan Wargamas dan persatuan bukan kerajaan dalam membantu merapatkan jurang di antara warga emas di Ulu Belait dan daerah lain.

Pada lawatan beliau ke Rumah Panjang Mendaram Besar semalam, sebagai se­bahagian daripada Projek Pemedulian Masyarakat, Yang Berhormat Pehin berkata, "Acara ini memberi peluang kepada penduduk dari daerah lain untuk melawat kawasan pedalaman Mukim Labi dan Rumah Panjang Mendaram Besar dan mempelajari budaya dan cara hidup penduduk di sini untuk menambah penge­tahuan dan pengalaman mas­ing-masing, lebih-lebih lagi rumah panjang Mendaram dan Teraja sudah menjadi desti­nasi pelancong domestik dan luar negara.

la bertepatan dengan pelancaran 'Selera Bruneiku' yang diterajui oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Brunei untuk mempromosi makanan tempatan dan pelancongan domestik."

Yang Berhormat Pehin da­lam ucapannya juga memuji kreativiti penduduk rumah panjang atas komitmen mereka menghasilkan kraf tangan terbalk selepas dua orang, Dayang Embong anak Munah dan Dayang Hensona anak Munah berjaya memasuki pering­kat akhir Bengkel Tranformasi Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang diadakan dari Julai hingga September.

Selain itu, beliau juga mengucapkan sya­bas kepada tiga peserta lain dari Daerah Belait, iaitu Hajah Rohani binti Haji Abu Bakar dan Hajah Zaleha binti Haji Mokti dari MPK Mumong dan Hajah lsmah binti Haji Omar dari MPK Lumut yang telah menunjukkan semangat waja dan komitmen tinggi dalam mengikuti beng­kel yang dianjurkan.

"Saya berharap apa yang diusahakan oleh kelima-lima orang peserta dari Daerah Belait dalam Bengkel Transformasi 1K1P akan menyuntik semangat dan menjadi dorongan kepada ahli majlis perundingan mukim dan kampung dalam mening­katkan lagi produk 1K1P mere­ka menjadi produk premium," tekannya.

Turut hadir pada majlis berke­naan ialah ahli majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku penghulu Mukim Labu 1, setiausaha-setiausaha tetap dan penolong setiausaha tetap dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Ramlee bin Haji Jamudin serta penghulu dan ketua kam­pung dari kawasan sekitarnya.

"Kita mengalu-alukan pengli­batan dan sumbangan warga emas untuk bekerjasama den­gan majlis perundingan mukim dan kampung di daerah masing-­masing dalam membantu kelu­arga yang memerlukan pemedu­lian dalam program 1K1P ini," tambah Yang Berhormat Pehin.

Acara diteruskan dengan penyampaian bantuan berupa barangan keperluan asas kepa­da warga emas dan golongan kurang bernasib baik diikuti dengan penyampaian cendera­hati kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri oleh anggota penasihat rumah panjang berkenaan.

Seterusnya Yang Berhormat Pehin turut mengunjungi ga­leri, petak dan gerai yang didi­rikan oleh biro wanita rumah panjang, selain tamu ming­guan Rumah Panjang Teraja yang diadakan di premis ber­hampiran rumah panjang bagi mengakhiri acara pada hari itu.

Created at 10/11/2020 19:20 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 10/11/2020 19:20 by Hasrom Haji Mohammad Husain