Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT KHAS MENJURUS KEPADA PENERAPAN IMAN DAN AMANAH DI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

IMG_9431.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini meneruskan lagi siri taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh. 

Taklimat khas ini antara lain memberigakan lagi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Nira Niryanna binti Suhaili, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Awang Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para peserta juga berkesempatan untuk mendengarkan taklimat khusus mengenai amanah dan tanggungjawab bekerja yang turut disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Lebih kurang seramai 100 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.

Created at 04/11/2020 16:54 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 04/11/2020 16:54 by Hasrom Haji Mohammad Husain