Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun1442H/2020M

IMG_9208.JPG

Dalam memperingati  kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam Jabatan Bomba dan Penyelamat mengendalikan acara Majlis Sambutan Maulud Nabi peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya bagi tahun 2020. 

Majlis yang berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit Mukim Kilanas, dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Untuk menyemarakkan lagi kasih dan sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, majlis diserikan dengan ceramah khas untuk memperingati kelahiran junjungan besar kita Rasullullah Salallahu Alaihi Wassalam. 

Ceramah yang bertajuk " Kualiti Iman dan Amanah Dalam Melaksanakan Satu-Satu Tugas " disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Hj Ajak, dari Al Minhaj Centre. Setelah selesai ceramah khas para jemputan yang hadir menunaikan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Rozisham bin Hj. Chuchu, Ketua Imam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Juga hadir di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Brunei dan Muara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua Kampung, anggota serta kakitangan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, serta jemputan-jemputan khas. 

Majlis diakhiri dengan penyerahan peralatan keperluan masjid yang disempurnakan dan diserahkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada imam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Created at 03/11/2020 09:43 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 03/11/2020 09:43 by Hasrom Haji Mohammad Husain