Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA KE DAERAH TEMBURONG SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1442 HIJRAH BERSAMAAN 2020 MASEHI

IMG-20201026-WA0005.jpg

Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah pun diadakan pada hari ini, 07 Rabiulawal 1442H bersamaan 24 Oktober 2020M, bertempat di Masjid Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1442 Hijrah Bersamaan 2020 Masehi.
 
Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan.

Turut menyertai rombongan tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara selaku Penghulu Zon 2.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Batu Apoi dan Ahli Takmir Masjid.
 
Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti oleh Bacaan Tahlil dan kemudiannya Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Batu Apoi berserta Ahli-Ahli Takmir Masjid.

Majlis Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya adalah kesinambungan rombongan Kementerian ke daerah-daerah dalam sama-sama menyemarakkan sambutan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Seterusnya rombongan dikir Maulud akan berkunjung ke Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Daerah Brunei Muara sebagai Majlis Penutup Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan diadakan pada 27 Oktober nanti.
Created at 26/10/2020 11:27 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 26/10/2020 11:27 by Hasrom Haji Mohammad Husain