Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MINI GALERI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DIRASMIKAN

IMG_7502.JPG

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan perasmian Mini Galeri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini bertempat di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan. 

Sejurus perasmian, Yang Berhormat Pehin menyaksikan pameran di ruang-ruang yang terdapat di Mini Galeri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu Ruang Buku Dirgahayu, Ruang Hari Keputeraan, Ruang Regata Brunei Darussalam, Ruang Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Ruang Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah, Ruang Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P), dan Ruang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Mini Galeri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini mempamerkan koleksi maklumat dan bahan rujukan bagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu seperti  buku Dirgahayu, Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Regata Brunei Darussalam dan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. 

Mini Galeri ini juga mempamerkan dan mempromosikan produk-produk 1K1P yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha program 1K1P dari ke empat-empat daerah dan juga produk-produk yang dikeluarkan oleh INSAF, Jabatan Penjara. Ia juga dihasratkan sebagai tempat rujukan mengenai buku Dirgahayu dan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawa-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Mini Galeri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini dibukakan bagi kunjungan orang ramai termasuk Pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi kerajaan, penyelidik, penuntut-penuntut di institusi-institusi pengajian dan pelancong setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Created at 22/10/2020 15:48 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 22/10/2020 15:56 by Hasrom Haji Mohammad Husain