Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Membaca Surah Yaasiin dan Tahlil sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan

IMG_6188.JPG

Bandar Seri Begawan, 1 Oktober 2020 - Majlis Membaca Surah Yaasiin dan Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-50 Tahun bagi Tahun 2020  telah diadakan pada hari Khamis, 13 Safar 1442 bersamaan 1 Oktober 2020, jam 2.30 petang bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Majlis ini mempunyai signifikan kenegaraan dalam mengenang jasa seorang Raja dan Ulul Amri yang juga digelar sebagai "Akitek Brunei Moden" yang sangat dikasihi. Bandar Seri Begawan telah melalui kemajuan dan perkembangan yang pesat dari segi pembangunan dan infrustruktur dengan kemudahan dan prasarana awam serta taman riadah juga disediakan untuk dinikmati oleh rakyat dan penduduk dalam suasana bernegara dan beribu kota yang selesa, aman, tenteram serta diredhai Allah Subhanahu Wata'ala.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara;  Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;  Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;  Ketua-Ketua Jabatan; Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Penghulu-Penghulu Mukim dalam kawasan Bandar Seri Begawan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Adham bin Hashim, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba, Gadong disusuli dengan bacaan Surah Yaasiin dan diikuti bacaan Tahlil.

Created at 03/10/2020 11:46 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 03/10/2020 11:46 by Hasrom Haji Mohammad Husain