Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PELAKSANAAN PELAN-PELAN DE-ESCALATION BERMULA 17 OGOS 2020 1. PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMIS-PREMIS MAKANAN (FASA KEEMPAT DENGAN PENGEMASKINIAN BAGI SYARAT PENYAJIAN MAKANAN SECARA BUFFET) 2. PAWAGAM (FASA KETIGA)


1.  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan melaksanakan pelan-pelan de-escalation bermula hari Isnin, 17 Ogos 2020 bagi:-

1.1    Perkhidmatan Penyajian Makanan (Dine-In) di Premis-Premis Makanan; dan

1.2    Pawagam (Fasa Ketiga).

PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMIS-PREMIS MAKANAN (FASA KEEMPAT DENGAN PENGEMASKINIAN BAGI SYARAT PENYAJIAN MAKANAN SECARA BUFFET)

2.   Pelaksanaan Pelan De-Escalation bagi premis-premis makanan seperti restoran, kafe dan food court adalah kekal berada dalam Fasa Keempat iaitu dengan mengikuti garispanduan sepertimana yang telah disampaikan semasa Sidang Media pada 22 Julai 2020 yang lalu.  Walau bagaimanapun, bermula 17 Ogos 2020 ini, penyediaan makanan secara buffet adalah dibenarkan dengan syarat makanan buffet dihidangkan (serve) oleh pekerja premis makanan.  Garis panduan yang terperinci bagi Perkhidmatan Penyajian Makanan (Dine-In) Di Premis-Premis Makanan dalam Fasa Keempat yang terkini akan dimuat naik ke laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

PAWAGAM (FASA KETIGA)

3.  Di bawah pelaksanaan Pelan De-Escalation Fasa Ketiga bagi pawagam, jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk dalam satu-satu masa adalah dinaikkan kepada 80% dari jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk pawagam berkenaan dengan memastikan penjarakan fizikal pengunjung pawagam sekurang-kurangnya satu (1) tempat duduk.  Walau bagaimanapun, pengunjung yang datang secara berkumpulan adalah dibenarkan duduk berdekatan.  Di dalam Fasa Ketiga ini jua, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah dibenarkan untuk memasuki pawagam.  Orang ramai bolehlah merujuk garis panduan terperinci bagi pawagam dalam Fasa Ketiga yang akan dimuat naik ke laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

4. Pelaksanaan pelan de-escalation ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan akan situasi wabak COVID-19 di negara ini dan juga di peringkat serantau dan global.  Orang ramai akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan pelan de-escalation ini selanjutnya dari semasa ke semasa.

5. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin mengingatkan bahawa pihak-pihak yang didapati  tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

6. Untuk maklumat lanjut, para pengurus premis-premis makanan dan pawagam serta orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di www.moha.gov.bn.

 -TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

22 Zulhijjah 1441H / 13 Ogos 2020

Siaran Akhbar COVID-19 Pelan De escalation 17 Ogos 2020.pdf

GARISPANDUAN RESTORAN Fasa 4 (Buffet) 17 Ogos 2020.pdf

GARISPANDUAN CINEMA Fasa 3 17 Ogos 2020.pdf



Created at 15/08/2020 14:35 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 26/08/2020 08:58 by Kartini Binti Yakub