Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS IBADAH KORBAN, SEMBAHYANG FARDU ASAR DAN LAUNGAN TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1441H / 2020M

WhatsApp Image 2020-08-03 at 5.03.58 PM.jpeg

1.Majlis Ibadah Korban Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi diungkayahkan oleh Jabatan Penjara.

2.Daging korban telah diagih-agihkan kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya di sekitar Mukim Keriam termasuk berapa individu yang pada masa ini sedang mengikuti program Rakan Seliaan dibawah Jabatan Penjara.

3.Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya juga telah menunaikan sembahyang fardu asar berjemaah dan seterusnya melaungkan takbir Hari Raya Aidiladha beramai-ramai yang  diadakan di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

4.Hadir pada sembahyang fardu asar berjemaah dan laungan takbir Hari Raya Aidiladha ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

5.Majlis ini adalah kegiatan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertujuan bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada kehidupan seharian. Ia juga adalah wadah untuk bersilaturrahim demi untuk meraih keredhaan dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

WhatsApp Image 2020-08-03 at 5.05.54 PM.jpeg WhatsApp Image 2020-08-03 at 5.08.35 PM.jpeg

Created at 04/08/2020 13:32 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 04/08/2020 13:38 by Kartini Binti Yakub