Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PELAKSANAAN PELAN-PELAN DE-ESCALATION BERMULA 27 JULAI 2020

COVID-19 SA KHEDN 22 Julai 2020 De escalation  (YB PC) YB Pehin Final-1.jpg

1. PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMIS-PREMIS MAKANAN (FASA KEEMPAT)

2.  TAMU MINGGUAN KOMPLEKS PASARNEKA DAN TAMU TUTONG, DAERAH TUTONG (FASA KEEMPAT)

3.  PAWAGAM (FASA KEDUA)

4.  PAMERAN JUALAN DAN BAZAR

1.   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan melaksanakan pelan-pelan de-escalation bermula hari Isnin, 27 Julai 2020 bagi:-

1.1    Perkhidmatan Penyajian Makanan (Dine-In) di Premis-Premis Makanan (Fasa Keempat);

1.2    Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka Dan Tamu Tutong, Daerah Tutong (Fasa Keempat);

1.3    Pawagam (Fasa Kedua); dan

1.4    Pameran Jualan dan Bazar.

PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMIS-PREMIS MAKANAN (FASA KEEMPAT)

2.   Di bawah pelaksanaan pelan de-escalation fasa keempat ini, premis-premis makanan iaitu restoran, kafe dan food court  adalah dibenarkan untuk beroperasi pada kadar kapasiti seperti biasa (100% dari jumlah kapasiti biasa).  Walau bagaimanapun, penyediaan makanan secara buffet adalah masih tidak dibenarkan.  Garis panduan dan syarat-syarat lain bagi perkhidmatan penyajian makanan di premis-premis makanan seperti yang dimaklumkan semasa Sidang Media pada 14 Mei 2020 adalah masih dikekalkan.

TAMU MINGGUAN KOMPLEKS PASARNEKA DAN TAMU TUTONG, DAERAH TUTONG (FASA KEEMPAT)

3.   Manakala, Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Daerah Tutong adalah dibenarkan untuk beroperasi pada kadar kapasiti penjaja seperti biasa (100% dari kadar kapasiti penjaja biasa) bermula pada hari Khamis, 30 Julai 2020.  Garis panduan dan syarat-syarat lain bagi tamu-tamu mingguan seperti yang dimaklumkan semasa Sidang Media pada 01 Julai 2020 adalah masih dikekalkan.

PAWAGAM (FASA KEDUA)

4.   Di bawah pelaksanaan pelan de-escalation fasa kedua bagi pawagam, pengemaskinian syarat-syarat adalah seperti berikut:-

 Bagi Pemilik Atau Pengusaha Pawagam:

4.1  Menghadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk dalam satu-satu masa kepada 60% dari jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk pawagam berkenaan;

4.2 Memastikan penjarakan fizikal dan sosial termasuk pelaksanaan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan seperti:-

4.2.1 Memastikan penjarakan fizikal pengunjung pawagam sekurang-kurangnya dua (2) tempat duduk.  Walau bagaimanapun, pengunjung yang datang dalam kumpulan keluarga adalah dibenarkan duduk berdekatan.

Bagi Pengunjung Pawagam:

4.3 Hanya pengunjung yang berumur 12 tahun ke atas dibenarkan untuk memasuki pawagam;

4.4 Orang ramai yang berhasrat untuk memasuki pawagam perlu membuat tempahan tempat duduk terlebih dahulu dan membeli tiket secara online atau melalui telefon; dan

4.5 Pengunjung pawagam adalah dibenarkan makan atau minum semasa menonton tayangan filem.

5.   Garis panduan penjarakan sosial dan syarat-syarat lain bagi pembukaan semula pawagam seperti yang dimaklumkan semasa Sidang Media pada 01 Julai 2020 adalah masih dikekalkan.

 PAMERAN JUALAN DAN BAZAR

6.   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, maka bermula pada hari Isnin, 27 Julai 2020, permohonan bagi mengadakan pameran jualan atau bazar adalah dibenarkan.

7.   Kebenaran bagi mengadakan pameran jualan atau bazar hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:-

Bagi Penganjur Pameran Jualan Atau Bazar:

7.1     Penganjur pameran jualan atau bazar dikehendaki untuk mendapatkan kod QR Bruhealth bagi tempat mengadakan pameran jualan atau bazar dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dan dilekatkan di kawasan masuk untuk diimbas oleh pengunjung sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis;

7.2     Pemeriksaan suhu badan hendaklah dilakukan sebelum memasuki kawasan pameran jualan atau bazar;

7.3     Hendaklah menyediakan hand sanitiser di pintu masuk kawasan pameran jualan atau bazar;

7.4     Mengadakan kawalan bersesuaian bagi kawasan pameran jualan atau bazar;

7.5     Pameran jualan atau bazar hanya dibenarkan di dalam bangunan gedung-gedung perniagaan sahaja.  Aktiviti pameran jualan atau bazar yang menggunakan bangunan seperti pusat-pusat persidangan atau dewan-dewan adalah tidak dibenarkan;

7.6     Penganjur pameran jualan atau bazar mestilah memastikan pekerja-pekerja yang menjaga pameran jualan atau bazar untuk sentiasa memakai penutup hidung dan mulut (face mask);

7.7     Pekerja pameran jualan atau bazar yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja;

7.8     Memastikan penjarakan fizikal dan sosial termasuk pelaksanaan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan seperti:-

7.8.1   Penempatan petak pempamer dengan jarak sekurang-kurangnya tiga (3) meter dan memastikan pengunjung melaksanakan penjarakan sosial; dan

7.8.2   Pempamer hendaklah memastikan kebersihan dan tempat jualan adalah teratur.

7.9     Penganjur pameran jualan atau bazar hendaklah menghadapkan permohonan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui sistem Onebiz.  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di talian 2223225 ext 331 atau menghubungi talian Darussalam 123;

7.10   Mana-mana penganjur pameran jualan atau bazar yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204; dan

7.11   Penganjur pameran jualan atau bazar adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pengunjung Pameran Jualan Atau Bazar:

7.12   Memastikan penjarakan sosial dengan mematuhi garis panduan-garis panduan dan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan;

7.13   Para pengunjung hendaklah mempunyai kod yang diperolehi melalui aplikasi Bruhealth sebelum memasuki premis pameran jualan atau bazar.  Hanya pengunjung yang mempunyai kod warna yang betul iaitu hijau atau kuning akan dibenarkan masuk;

7.14   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi pameran jualan atau bazar sehingga telah sembuh; dan

7.15   Para pengunjung adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

8.     Pelaksanaan pelan de-escalation ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan akan situasi wabak COVID-19 di negara ini dan juga di peringkat serantau dan global.  Orang ramai akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan pelan de-escalation ini selanjutnya dari semasa ke semasa.

9.     Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pemilik dan pengusaha premis-premis makanan dan gerai-gerai terbuka, para penjaja tamu-tamu mingguan dan para pemilik pawagam serta para pengunjung premis-premis berkenaan yang telah memberikan kerjasama dalam pelaksanaan pelan de-escalation ini dan mematuhi arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin mengingatkan bahawa pihak-pihak yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

 -TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

30 Zulkaedah 1441H / 22 Julai 2020


Siaran Akhbar MOHA 22072020 De-escalation Restoran 4 Tamu Tutong 4 Pawagam 2 Bazar.pdf

Siaran Akhbar MOHA 22072020 De-Escalation Restoran fasa Empat.pdf

Siaran Akhbar MOHA 22072020 De-escalation Tamu Tutong Fasa Empat.pdf

Siaran Akhbar MOHA 22072020 De-escalation Pawagam Fasa Kedua.pdf

Siaran Akhbar MOHA 22072020 De-escalation Pameran Jualan atau Bazar.pdf


Created at 23/07/2020 09:06 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 23/07/2020 10:36 by Kartini Binti Yakub