Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GERAI PERAYAAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74

Siaran Akhbar Gerai Perayaan  FINAL 13.07.2020 1.00 pm-1.jpg

​1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa Gerai Perayaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 akan diadakan bermula 15 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020, jam 5.00 petang hingga 10.00 malam di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di setiap daerah seperti berikut:- 

1.1. Daerah Brunei dan Muara 

a) Kawasan Lapang Letak Kereta Jalan Bendahara

b) Kawasan Dalam Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien 

c) Sebahagian Jalan Pretty 

1.2. Kawasan Letak Kereta Bangunan Gerai Tudong Saji, Kuala Belait, Daerah Belait 

1.3. Kawasan Lapang Berdepanan Dengan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pekan Tutong, Daerah Tutong 

1.4. Kawasan Padang Dewan Kemasyarakatan, Daerah Temburong 

2. Ke arah mempertingatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di Negara ini, serta berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan, maka penjaja-penjaja dan pengunjung Gerai Perayaan adalah dikehendaki untuk mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah Temburong seperti berikut:- 

BAGI PENJAJA GERAI PERAYAAN: 

2.1 Penjaja Gerai Perayaan hendaklah memastikan diri dan pekerja mereka untuk sentiasa memakai penutup hidung dan mulut (face mask); 

2.2 Penjaja Gerai Perayaan yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir berniaga; 

2.3 Memastikan penjarakan sosial termasuk pelaksanaan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan seperti:- 

2.3.1 Penempatan petak; dan 

2.3.2 Penjaja Gerai Perayaan dikehendaki untuk memastikan kebersihan petak. 

BAGI PENGUNJUNG GERAI PERAYAAN: 

2.4 Memastikan penjarakan sosial dengan mematuhi garis panduan-garis panduan dan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan; dan 

2.5 Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan / tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi Gerai Perayaan sehingga telah sembuh / sehat; 

3. Untuk maklumat lanjut mengenai Gerai Perayaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan di talian 7179900, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian 3340631, Jabatan Bandaran Tutong di talian 8117115 dan Jabatan Daerah Temburong di talian 7371265. 

4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin mengingatkan penjaja-penjaja dan pengunjung Gerai Perayaan yang didapati tidak mematuhi garis panduan-garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undangundang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

5. Penjaja-penjaja dan pengunjung-pengunjung Gerai Perayaan adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. 

-TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 

Negara Brunei Darussalam 

21 Zulkaedah 1441H / 13 Julai 2020M

Created at 13/07/2020 19:46 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 13/07/2020 19:48 by Kartini Binti Yakub