Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN MENINJAU KAWASAN TERJEJAS BANJIR DI DAERAH BELAIT

WhatsApp Image 2020-07-10 at 8.04.32 AM.jpeg

1. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Daerah Belait hari ini.

2. Lawatan kerja Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato ke Daerah Belait hari ini adalah merupakan kesinambungan kepada lawatan-lawatan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ke kawasan terjejas banjir di Daerah Tutong pada hari Ahad, 28 Jun 2020 dan di Daerah Belait pada 29 Jun 2020 bersama pegawai-pegawai Daerah selaku Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) yang bertindak sebagai penyelaras bersama di peringkat daerah.

3. Hasil dari tinjauan adalah didapati beberapa kawasan / jalan telah surut dan dapat dilalui oleh kenderaan khususnya pacuan empat roda. 

4. Dalam lawatan ini, Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato jua telah berkesempatan membuat kunjungan ke beberapa buah rumah penduduk di Kawasan Sungai Mau dan Jalan Kandul.

5. Walaupun, keadaan banjir sudah surut dan bertambah baik, pemantauan harian oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dengan kerjasama agensi-agensi yang berkepentingan akan terus dibuat bagi menjaga kemaslahatan penduduk di kawasan-kawasan berkenaan.

6. Hadir sama menyertai lawatan kerja tersebut ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.

Created at 10/07/2020 08:20 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 10/07/2020 08:30 by Kartini Binti Yakub