Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74

INFODEPT06-09.jpg

1. Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74 diadakan pada hari Rabu, 16 Zulkaedah 1441H bersamaan 08 Julai 2020M bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. 

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat di upacara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Tahun 2020.

3. Hadir sama di upacara tersebut ialah Timbalan-Timbalan Pengerusi Bersama, Setiausaha-Setiausaha Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Tahun 2020 dan Pegawai-Pegawai Daerah.

4. Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam seramai 20 orang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei telah bersiap sedia bergerak masuk.

5. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Awang Haji Metassim bin Haji Metussin. 

6. Setelah itu, penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7m x 7.5m disempurnakan oleh Tetamu Kehormat untuk seterusnya dinaikkan dan dikibarkan.

7. Seterusnya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam “Allah Peliharakan Sultan”.

8. Tetamu Kehormat seterusnya menyempurnakan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran 2.5m x 1.2m dan Poster-Poster Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 kepada Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Yang Mulia Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait; Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong dan Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

9. Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam di daerah-daerah lain diadakan sejurus selepas Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74 di Bandar Seri Begawan. 

10. Tetamu Kehormat di Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Dayang Hajah Norliah binti Haji Kula, Setiausaha Tetap (Dasar dan Fiskal), Kementerian Kewangan dan Ekonomi; di Daerah Belait ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohamad Nor bin Haji Jeludin, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri selaku Tetamu Kehormat di Daerah Tutong; Yang Mulia  Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi di Daerah Temburong. Seterusnya Tetamu-Tetamu Kehormat di daerah-daerah berkenaan menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim daerah masing-masing. 

11. Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya untuk mengibarkan bendera di seluruh negara.  Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini akan secara berterusan berkibar di Pusat Bandar Seri Begawan sehingga 22 Julai 2020M. 

12. Mulai 16 Zulkaedah hingga 01 Zulhijah 1441H bersamaan 08 hingga 22 Julai 2020M bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniai gelaran dikehendaki menaikkan dan mengibarkan Bendera Peribadi masing-masing. Sementara itu, orang ramai hendaklah menaikkan dan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Negara Brunei Darussalam 

16 Zulkaedah 1441H / 08 Julai 2020M

Created at 08/07/2020 20:46 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 08/07/2020 20:46 by Kartini Binti Yakub