Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​PELAKSANAAN PELAN DE-ESCALATION FASA KETIGA

Siaran Akhbar MOHA 01072020 De-Escalation RESTORAN GERAI TAMU MINGGUAN Fasa 3-01.jpg

 1. PERHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMISPREMIS MAKANAN

2. GERAI-GERAI TERBUKA (OPEN AIR STALLS) DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN

3. TAMU-TAMU MINGGUAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA DAN JABATAN BANDARAN TUTONG 

1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan melaksanakan pelan de-escalation fasa ketiga bermula hari Isnin, 6 Julai 2020 bagi:- 

1.1. Perkhidmatan Penyajian Makanan (Dine-In) di Premis-Premis Makanan; 

1.2. Gerai-Gerai Terbuka (Open Air Stalls) di bawah kawalan JabatanJabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran; dan 

1.3. Tamu-Tamu Mingguan di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Jabatan Bandaran Tutong. 

PERHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMISPREMIS MAKANAN

2. Di bawah pelaksanaan pelan de-escalation fasa ketiga ini, had jumlah pelanggan di premis-premis makanan iaitu restoran, kafe dan food court yang dibenarkan untuk dine-in dalam satu-satu masa adalah dinaikkan kepada 80% dari jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk premis makanan berkenaan. Garis panduan penjarakan sosial dan syaratsyarat lain bagi perkhidmatan penyajian makanan di premis-premis makanan seperti yang dimaklumkan semasa Sidang Media pada 14 Mei 2020 adalah masih dikekalkan. 

GERAI-GERAI TERBUKA (OPEN AIR STALLS) DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN 

3. Manakala, bagi gerai-gerai terbuka (open air stalls) yang menyediakan perkhidmatan dine-in di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran adalah dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 100% jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk gerai berkenaan. Garis panduan penjarakan sosial dan syarat-syarat lain bagi gerai-gerai terbuka seperti yang dimaklumkan semasa Sidang Media pada 14 Mei 2020 adalah masih dikekalkan. 

TAMU MINGGUAN KOMPLEKS PASARNEKA DAN TAMU TUTONG, DAERAH TUTONG 

4. Merujuk pengumuman Sidang Media pada 18 Mac 2020 mengenai penutupan bermula 19 Mac 2020 bagi Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang beroperasi setiap hari Khamis dan Ahad. Sukacita dimaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de- escalation, maka bermula pada hari Khamis, 09 Julai 2020, Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Daerah Tutong adalah dibenarkan untuk beroperasi semula pada kadar keramaian penjaja 50% dari jumlah kapasiti biasa ruang berniaga tamu berkenaan pada satu masa mengikut penjadualan kumpulan penjaja yang akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Bandaran Tutong.

5. Pembukaan Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Daerah Tutong akan dilaksanakan mengikut penjadualan berjaja mengikut kumpulan (group) yang akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Bandaran Tutong yang akan bermula pada hari Khamis, 09 Julai 2020 bagi perniagaan tamu hari Khamis dan Ahad bagi penjaja-penjaja dalam Kumpulan A dan pada minggu berikutnya bagi perniagaan tamu hari Khamis dan Ahad bagi penjaja-penjaja dalam Kumpulan B secara bergilirgilir. 

TAMU MINGGUAN DI BANGUNAN PASARNEKA SERIA, JALAN LORONG 3 SELATAN, SERIA 

6. Merujuk jua pengumuman Sidang Media pada 26 Mac 2020 mengenai penutupan bermula 26 Mac 2020 bagi Tamuneka Seria, Kawasan Letak Kereta Pasarneka Seria, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Khamis dan Jumaat dan Tamuneka Kuala Belait, Kawasan Letak Kereta Pasarneka, Kuala Belait, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad. Sukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua Tamu Mingguan ini akan beroperasi semula dengan penempatan penjaja-penjaja kedua-dua tamu berkenaan ke dalam Bangunan Pasarneka Seria, Jalan Lorong 3 Selatan, Seria mengambilkira akan keperluan pengawalan dan pematuhan kepada garispandu-garispandu dan langkah-langkah penjarakan sosial dari Kementerian Kesihatan. 

7. Pembukaan tamu-tamu berkenaan di dalam Bangunan Pasarneka Seria, Jalan Lorong 3 Selatan, Seria akan diselaraskan mengikut penempatan tempat berjaja yang akan ditetapkan dan penjadualan berjaja mengikut kumpulan (group) yang akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria yang masing-masing akan bermula pada hari Khamis, 09 Julai 2020 bagi perniagaan tamu pada hari Khamis dan Jumaat iaitu bagi penjaja-penjaja Kumpulan A dan pada hari Sabtu, 11 Julai 2020 bagi perniagaan tamu pada hari Sabtu dan Ahad iaitu bagi penjaja-penjaja Kumpulan B. 

8. Semua penjaja Tamu Mingguan hendaklah mematuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan dalam pembukaan tamu-tamu mingguan ini manakala para pengunjung-pengunjung tamu hendaklah juga mematuhi arahan-arahan dan menunaikan tanggunggjawab sosial masing-masing mengambilkira saranan dan garispandu Kementerian Kesihatan. 

9. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan semula Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Daerah Tutong, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Tutong semasa waktu bekerja di talian 4221009 sambungan 200 atau 8117115 selepas waktu bekerja. Manakala bagi pembukaan semula Tamuneka Seria dan Tamuneka Kuala Belait dengan penempatan tamu-tamu berkenaan ke dalam Bangunan Pasarneka Seria, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria semasa waktu bekerja di talian 3340631 atau 8872233 selepas waktu bekerja. 

10. Pelaksanaan pelan de-escalation ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan akan situasi wabak COVID-19 di negara ini dan juga di peringkat serantau dan global. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan pelan de-escalation ini selanjutnya dari semasa ke semasa. 

11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin mengingatkan pemilikpemilik atau pengusaha-pengusaha premis-premis makanan dan geraigerai terbuka dan juga penjaja-penjaja tamu-tamu mingguan yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

12. Pemilik-pemilik atau pengusaha-pengusaha premis-premis makanan dan gerai-gerai terbuka dan juga penjaja-penjaja tamu-tamu mingguan adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan and nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. 

-TAMAT

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 

Negara Brunei Darussalam 

09 Zulkaedah 1441H / 01 Julai 2020M


Siaran Akhbar MOHA 01072020 De-Escalation RESTORAN GERAI TAMU MINGGUAN Fasa 3.pdf

Created at 02/07/2020 08:40 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/07/2020 08:50 by Kartini Binti Yakub