Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MENINJAU KAWASAN TERJEJAS BANJIR DI DAERAH BELAIT

WhatsApp Image 2020-06-29 at 6.18.03 PM.jpeg

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Daerah Belait hari ini. 

Lawatan kerja ke Belait hari ini adalah merupakan kesinambungan kepada lawatan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ke kawasan terjejas banjir di Daerah Tutong pada hari Ahad, 28 Jun 2020 bersama pegawai-pegawai Daerah selaku Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) yang bertindak sebagai penyelaras bersama di peringkat daerah.

Sebelum meninjau ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir, Yang Berhormat Pehin telah mendengar penerangan dari Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir.

Laporan banjir yang diterima sejak 28 Jun 2020 hingga hari ini telah menjejaskan beberapa kawasan di Daerah Belait iaitu di Kg Sungai Mau, Jalan Laid Lakang, Jalan Kandul, Kg Merangking Hilir, dan Kg Sukang yang melibatkan sebanyak 23 buah rumah dan 105 orang penduduk kampung. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait telah membuat beberapa tindakan menghadapi banjir dengan memantau paras air setiap hari melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Operasi B, Cawangan Belait.  Pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) juga telah mengedarkan bantuan catuan makanan kepada penduduk kampung yang terjejas bermula 28 Jun 2020 dan pihak Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga membantu di dalam membekalkan keperluan-keperluan logistik seperti perahu/temuai untuk kegunaan operasi dan juga bagi kemudahan pengangkutan orang kampung  yang terjejas.

Hadir sama menyertai lawatan kerja tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan; Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.


Created at 29/06/2020 22:26 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 29/06/2020 22:26 by Kartini Binti Yakub