Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

VIDEO TULAR MENYATAKAN TIDAK ADA SEKATAN BAGI MEMASUKI SEMPADAN NEGARA

Siaran Akhbar MOHA 12042020 Video Tular Tidak ada Sekatan di Sempadan-1.jpg

  1. Berikutan dengan tularnya video yang ditayangkan melalui youtube berkaitan dengan Kembara Borneo Miri/Limbang Part 40 yang mana salah seorang penunggang menyatakan bahawa tidak ada sekatan bagi memasuki sempadan Negara Brunei Darussalam adalah tidak benar sama sekali.
  1. Perkara ini penting diperjelaskan dalam mana negara kita sedang berhadapan dengan wabak COVID-19, di mana pihak Kerajaan telah melaksanakan sekatan perjalanan atau travel restriction terhadap kemasukan warganegara asing bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. Untuk itu, sekatan perjalanan bagi mana-mana warganegara asing telah berkuatkuasa bermula pada hari Selasa, 24hb Mac 2020, di mana setiap warganegara asing yang hendak masuk ke negara ini termasuklah mereka yang transit hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui info@immigration.gov.bn. Tanpa kebenaran yang berkenaan, tidak akan ada warganegara asing dibenarkan masuk ataupun transit.
  1. Dalam masa yang sama, hasil penyiasatan yang telah dilakukan ke atas footage video tersebut, mendapati pengembaraan merentas sempadan Pos Kawalan berkenaan dilakukan pada hari Isnin, 16 Mac 2020 iaitu sebelum berkuatkuasanya sekatan-sekatan perjalanan (travel restrictions) yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
  1. Dalam pada itu, pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa yang berkenaan di negara ini bagi mengambil tindakan-tindakan yang berpatutan ke atas pihak-pihak atau individu-individu tertentu berkaitan penularan ini.
  1. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana Aplikasi Media Sosial tanpa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu. Di samping itu juga, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana boleh mengelirukan orang awam. 
  1. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ingin mengingatkan bahawa menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih kepada orang awam merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Chap 148) yang boleh dikenakan denda BND$3,000 dan hukuman penjara sehingga tempoh tiga (3) tahun, jika sabit kesalahan.

-TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

18 Syaaban 1441H / 12 April 2020M

Siaran Akhbar MOHA 12042020 Video Tular Tidak ada Sekatan di Sempadan.pdf

Created at 12/04/2020 18:47 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 12/04/2020 18:47 by Kartini Binti Yakub