Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GERAI RAMADAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN BANDARAN, JABATANJABATAN DAERAH DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN DITIADAKAN

Siaran Akhbar MOHA 06042020 Peniadaan Gerai Ramadan 1441_2020 Final-1.jpg

​ 1. Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, serta berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua gerai Ramadan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan Belia dan Sukan yang lazimnya diadakan di sepanjang bulan Ramadan adalah ditiadakan pada tahun ini. 

2. Ianya juga sebagai langkah berterusan pihak Kerajaan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai dengan mengelakkan daripada menghadiri ke tempat perkumpulan secara beramai-ramai dan keperluan untuk mengamalkan penjarakkan sosial di tempat awam selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan. 

3. Sebagai alternatif kepada peniadaan gerai Ramadan pada tahun ini dan bagi memastikan peluang perniagaan pada bulan Ramadan tetap ada, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan akan menyelaras inisiatif perkhidmatan perniagaan secara dalam talian (online) untuk membantu peniaga-peniaga dengan khidmat nasihat menggunakan portal www.ekadaibrunei.bn, iaitu sebuah portal direktori dalam talian yang menyediakan pautan laman sesawang ke platform-platform 'eDagang' tempatan, penyedia-penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik. Projek ini merupakan usaha sama antara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Darussalam Enterprise (DARe) yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, pada 28 Mac 2020 semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19. 

4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berharap orang ramai khususnya peniaga-peniaga Gerai Ramadan akan memberikan kerjasama dan sokongan kepada inisiatif projek eDagang ini demi menjamin kelangsungan perniagaan para pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini dan seterusnya dapat memenuhi permintaan pelanggan semasa bulan Ramadan ini. Sama-sama kita berdoa semoga keadaan yang dihadapi ini akan membawa hikmah kepada kemajuan perniagaan peniaga-peniaga di masa akan datang. Dalam masa yang sama, peniaga-peniaga juga digalakkan untuk mencari alternatif lain yang difikirkan bersesuaian seperti penyediaan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah-rumah pelanggan. 

5. Untuk maklumat lanjut, orang ramai, khususnya peniaga-peniaga gerai Ramadan, bolehlah menghubungi pihak AITI di talian +673 2323232 atau eKadaiBrunei@aiti.gov.bn dan DARe Helpdesk, di talian +673 8363442 / +673 2384830 atau info@dare.gov.bn dan juga Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan semasa waktu bekerja dan di luar waktu bekerja mengenai inisiatif perkhidmatan perniagaan secara dalam talian (online) yang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Siaran Akhbar MOHA 06042020 Peniadaan Gerai Ramadan 1441_2020 Final.pdf

Created at 07/04/2020 06:37 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 07/04/2020 06:38 by Kartini Binti Yakub