Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN

IMG_2258.JPG

​Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyerahkan sumbangan berupa peralatan perubatan serta peralatan perlindungan diri yang didermakan oleh agensi kerajaan dan beberapa syarikat korporat dari Republik Rakyat China kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Bangunan Kementerian Kesihatan, Berakas pada hari ini. 

Barangan dan keperluan yang disalurkan adalah bagi kegunaan pesakit dan petugas perubatan. Sumbangan tersebut dihasrat akan dapat membantu Kementerian Kesihatan melaksanakan tugas hariannya dalam pengurusan menangani penularan COVID-19 di negara ini dan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan petugas yang berada di barisan hadapan iaitu non-medical yang bekerja sama dengan Kementerian Kesihatan dalam beberapa operasi bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. 
 
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penderma-penderma yang terdiri daripada agensi kerajaan dan beberapa syarikat korporat dari Republik Rakyat China berkenaan yang telah memberikan sumbangan ikhlas bagi sama-sama membantu langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.  
 
Antara barangan yang disumbangkan ialah:- 
 
i. 30,000 unit topeng muka yang disumbangkan oleh Foreign Affairs Office of Nanjing Municipal People’s Government di sampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong 
 
ii. 20,000 unit topeng muka, 10,000 sarung tangan dan 1,000 unit protective clothing yang disumbangkan oleh Nanjing Chemical Construction Co Ltd dan NJNCC (B) Sdn  Bhd yang disampaikan oleh Puan Lim HII Tuan. 
 
iii. 5,000 unit topeng muka yang disumbangkan oleh China State Construction di sampaikan oleh Mr (H.K Goh) Goh Hee Kuang; dan 
 
iv. 10,000 unit topeng muka yang disumbangkan oleh China State Construction Engineering Corp Ltd di sampaikan oleh Mr Shan Tzi Gang 
 
Hubungan persahabatan di antara Bandar Seri Begawan dengan Nanjing, Republik Rakyat China telah dapat dipertingkatkan sejak tahun 2011 apabila kedua-dua bandaraya ini menjalin hubungan sister-city setelah menandatangani “Memorandum of Understanding For Establishing Sister Cities Between Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam and Nanjing, People’s Republic of China” yang telah ditandatangani di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Wen Jiabao, ‘Premier of State Council’ Republik Rakyat China, pada 21 November 2011.  
 
Hadir di majlis tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; Puan Lim HII Tuan sebagai wakil  Nanjing Chemical Construction Co Ltd dan NJNCC (B) Sdn Bhd; Mr. H.K. Goh dari China State Construction; Shan Tzi Gang dan Mr Jin Chunshang dari China State Construction Engineering Corp Ltd; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan. 
 
Created at 04/04/2020 16:23 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 04/04/2020 16:23 by Kartini Binti Yakub