Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENGAWALAN KEMASUKAN WARGANEGARA ASING KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Siaran Akhbar 23032020 Pengawalan Kemasukan Warganegara Asing ke Negara Brunei Darussalam-1.jpg

​Ke arah menyekat risiko pengimportan dan membendung penularan wabak penyakit COVID19 di Negara Brunei Darussalam serta berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari Selasa, 29 Rejab 1441 bersamaan 24 Mac 2020, semua warganegara asing adalah tidak dibenarkan untuk memasuki Negara Brunei Darussalam sama ada melalui Pos-pos kawalan Darat, Laut dan Udara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Larangan ini adalah juga termasuk bagi warganegara asing yang transit di negara ini. 

Dalam hal ini juga, sukacita dihuraikan kategori-kategori permohonan dan kemudahan yang terlibat dengan pengumuman ini seperti berikut: - 

1] Pemberian kemudahan Visa on Arrival yang dikeluarkan di Pos-pos kawalan adalah ditiadakan untuk sementara; 

2] Permohonan untuk mendapatkan visa lawatan, visa penuntut dan juga visa tanggungan adalah ditangguhkan, termasuk permohonan yang telah diterima oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebelum ini; 

3] Surat kebenaran visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah ditangguhkan; 

4] Surat kebenaran visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan yang akan dan telah dikeluarkan oleh Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di luar negara adalah ditangguhkan; 

5] Bagi warganegara asing yang telah dikeluarkan visa lawatan, visa penuntut dan visa tanggungan serta masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka; dan 

6] Bagi warganegara asing yang telah dikeluarkan re-entry visa dan masih berada di negara asal untuk menangguhkan pelayaran mereka ke Negara Brunei Darussalam dan terus berada di negara mereka. 

Dalam masa yang sama, pertimbangan khas hanya diberikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), tertakluk kepada urusan-urusan yang berkepentingan kepada negara ini, dengan memohon kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan memuat turun borang yang dikhaskan di laman sesawang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di alamat www.immigration.gov.bn dan dihadapkan kepada Jabatan berkenaan melalui e-mel di alamat info@immigration.gov.bn. 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah berhubung dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui talian 2383106 atau melayari laman sesawang di alamat www.immigration.gov.bn.

Created at 24/03/2020 08:40 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 24/03/2020 08:40 by Kartini Binti Yakub