Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SEMENTARA TAMU

Siaran Akhbar 18032020 Gerai-1.jpg

​Sebagai mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di negara ini dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini memaklumkan perkara-perkara berikut:- 

1. Gerai malam yang diadakan setiap malam di Tamu Aneka Temburong termasuk Tamu Besar Temburong yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad akan ditutup buat sementara waktu berkuatkuasa mulai hari ini, Rabu, 18 Mac 2020 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

2. Tamu Mingguan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang beroperasi setiap hari Khamis dan Ahad juga akan ditutup bermula hari Khamis, 19 Mac 2020 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

3. Bagi premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway) mulai hari Khamis, 19 Mac 2020 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.

4. Bagi semua pusat permainan boling adalah ditutup bermula 19 Mac 2020 sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran memohon kerjasama pengusaha dan peniaga premis-premis perniagaan makanan dan orang ramai agar mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan. 

Created at 19/03/2020 14:45 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 19/03/2020 14:46 by Kartini Binti Yakub