Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SESI MUZAKARAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA

WhatsApp Image 2020-01-18 at 3.04.09 PM.jpeg

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 18 Januari 2020 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah mengadakan satu sesi muzakarah dan bertukar-tukar pandangan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini di Bangunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah mempengerusikan sesi muzakarah tersebut. Manakala rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah diketuai oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku ketua delegasi Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Sesi muzakarah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Awang Haji Othman bin Awang Haji Asat, Ketua Guru Ugama, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Seterusnya ucapan Alu-aluan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Selaku Pengerusi Sesi Muzakarah tersebut dan ucapan balas dari Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku ketua delegasi Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Sesi Muzakarah ini merupakan cermin persefahaman, kemuafakatan dan hubungan kerjasama yang baik antara pihak kerajaan dengan rakyat dan penduduk di Negara ini khususnya bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang sentiasa terjalin erat dan mesra.

Perbincangan yang diadakan dalam suasana silaturahim, muhibah dan secara terbuka ini adalah bagi berkongsi idea, maklumat, isu, pandangan dan cadangan yang boleh diangkat ke Dewan Majlis Mesyuarat Negara nanti yang boleh dijadikan wacana permuzakarahan yang bermanfaat untuk kemajuan dan keamanan Negara serta kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan penduduk Negara ini. 

Turut hadir di sesi muzakarah tersebut  ialah Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin, Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Ucapan Alu-Aluan YB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Sesi Muzakarah bersama YB Ahli-Ahli MMN.pdf

Created at 21/01/2020 13:28 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 21/01/2020 13:28 by Kartini Binti Yakub