Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI HADIRI 7TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM) DAN 8TH CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT AND EMERGENCY RESPONSE (COP TO AADMER)

DSCN8405.JPG

 Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar – 4 Oktober 2019. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah menghadiri 7th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan 8th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) bertempat di Shwe San Eain Hotel, Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar.

Mesyuarat yang dihadiri oleh menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana ini antara lain membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi tindak balas ASEAN secara bersama terhadap sebarang bencana serta menilai pelaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) ke arah merealisasikan hasrat untuk membangun masyarakat yang selamat dan berdaya tahan bencana.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Dr. Win Myat Aye, Menteri Kesatuan Bagi Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula, Republik Kesatuan Myanmar.

Semasa mesyuarat, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyatakan antaralainnya menekankan kepentingan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan kerjasama serantau dalam tindak balas kecemasan dan juga menyambut baik penyelarasan aktiviti-aktiviti dalam pengurangan risiko bencana dan adaptasi perubahan iklim.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga berkongsi kegiatan-kegiatan Negara Brunei Darussalam dalam membina keupayaan rakyat dalam menghadapi bencana antaralainnya melalui program latihan Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana (Disaster Preparedness Coordinator) di mana program tersebut mengiktirafkan para peserta daripada mukim dan kampong berkenaan yang boleh membantu dalam aktiviti-aktiviti pengurusan bencana termasuk kesiapsiagaan dan tindak balas.

Turut menyertai rombongan ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Yang Mulia Shahrin bin Haji Mohd Jawie, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC); serta pegawai-pegawai dari KHEDN dan NDMC.

Created at 07/10/2019 10:01 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 07/10/2019 10:01 by Kartini Binti Yakub