Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LATIHAN PENUH UPACARA PENGIBARAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-73 TAHUN

IMG_20190629_085121.jpg

​BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN - Latihan penuh Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun telah berlangsung hari ini di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. 

Latihan penuh yang diadakan hari ini adalah untuk memastikan semua persediaan bagi Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun yang akan diadakan pada hari Isnin, 1 Julai 2019 berjalan dengan lancer dan teratur. Pihak yang terlibat ialah Anggota-Anggota Tentera Laut Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta perwakilan-perwakilan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Hadir bagi menyaksikan latihan pada pagi ini ialah Yang Mulia Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesehateraan dan Undang-Undang) yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun. 

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Adat Istiadat Negara, Pegawai-Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai Daerah serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun.

Bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun, seluruh rakyat dan penduduk di negara ini disaran untuk mengibarkan bendera negara di rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan pejabat serta premis-premis perniagaan mulai 1 hingga 31 Julai 2019.

Sementara Pengiran-Pengiran hendaklah mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran hendaklah mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.

Created at 02/07/2019 14:49 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/07/2019 14:49 by Kartini Binti Yakub