Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PEMANTAUAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 73 KALI KHATAM

WhatsApp Image 2019-06-29 at 5.21.21 PM.jpeg

Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019  telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Syawal 1440 bersamaan 29 Jun 2019 bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diadakan serentak di keempat-empat daerah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah (sila rujuk lampiran A).

Majlis Pemantauan ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 yang telah dilancarkan pada 2 Mei 2019 yang lalu di ke empat-empat daerah.

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan, penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili daripada Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun. Jumlah keseluruhan penuntut-penuntut ialah seramai 1,708 orang peserta.

Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

 Daerah Brunei MuaraDaerah BelaitDaerah TutongDaerah Temburong
Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian KesihatanYang Mulia Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam NegeriHaji Muhammad Nazri bin Haji Muhammad Yusuf, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan InfokomunikasiYang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
TempatJame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong, Mukim Gadong B, Daerah Brunei dan MuaraMasjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Daerah BelaitMasjid Perpindahan Bukit Beruang, Daerah TutongMasjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong
Turut hadir Turut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan,  Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan MuaraTurut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama,  Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah BelaitTurut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, YM Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan,  Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah TutongTurut hadir Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, YM Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, YM Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, YM Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan,  Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong


Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara adalah salah satu acara tahunan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tujuan

  1. Untuk memohon do'a ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.
  2. Bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
  3. Untuk mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an.
     
Jumlah penyertaan

Daerah Brunei dan Muara

702 orang

Daerah Belait

412 orang

Daerah Tutong

412 orang

Daerah Temburong

182 orang

 

Peserta
  1. Lelaki Dewasa 35 orang
  2. Wanita Dewasa 35 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 86 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 86 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 195 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 195 orang

     
  1. Lelaki Dewasa 35 orang
  2. Wanita Dewasa 35 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 86 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 86 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 50 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 50 orang

 

  1. Lelaki Dewasa 35 orang
  2. Wanita Dewasa 35 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 86 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 86 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 50 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 50 orang

 

  1. Lelaki Dewasa 18 orang
  2. Wanita Dewasa 18 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 33 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 33 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 5 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 5 orang

 

Peserta lelaki dewasa dan belia = 263 orang

Peserta wanita dewasa dan beliawanis = 263 orang

Peserta kanak-kanak lelaki dan perempuan = 582 orang

Peserta di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi = 600 orang

JUMLAH KESELURUHAN = 1,708 orang

Created at 02/07/2019 14:38 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/07/2019 14:41 by Kartini Binti Yakub