Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN KHEDN BERMULA

DSC_9733.JPG

TEMBURONG - Hari Sabtu, 05 Ramadhan 1440 bersamaan 11 Mei 2019, jam 12.00 tengahari telah berlangsung Majlis Tadarus Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Bagi Daerah Temburong. Pada tahun ini Majlis Tadarus Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dimulakan di Masjid Kampung Labu Estate, Mukim Labu, Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan,

Turut hadir; Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) dan Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk Kampung sekitarnya.

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan seterusnya Majlis Tadarus yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Salehuddin bin Haji Suhaimi, Imam Masjid Kampung Labu Estate dan seterusnya bacaan Tahlil dan Doa Selamat.

Di antara tujuan rombongan Tadarus Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Daerah-Daerah adalah untuk meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan dan di samping itu juga ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang erat dikalangan Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung  dan pemimpin-pemimpin akar umbi.

Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Daerah Tutong bagi acara yang serupa pada hari Selasa, 08 Ramadhan 1440 bersamaan 14 Mei 2019 bertempat di Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong.


Created at 13/05/2019 11:48 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 13/05/2019 11:48 by Kartini Binti Yakub