Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MAKAN MALAM KURSUS INDUKSI PASUKAN TINDAK BALAS DAN PENILAIAN KECEMASAN ASEAN (ASEAN-ERAT) KALI KE-11

IMG_4710.jpg

​Bandar Seri Begawan, 8 April 2019- Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menganjurkan Majlis Makan Malam bagi mengalu-alukan para peserta Kursus Induksi pasukan Tindak Balas dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT) kali ke-11 atau 11th ASEAN-Emergency Response and Assesment Team (ASEAN-ERAT) Induction Course. Majlis Makan Malam tersebut telah diadakan di D' Anggerek Serviced Apartment, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kursus Induksi ASEAN-ERAT yang berlangsung selama lapam (8) hari bermula dari 7 hingga 15 April 2019.

Semasa Majlis Makan Malam tersebut, para peserta Kursus Induksi ASEAN-ERAT berkesempatan berinteraksi secara lebih dekat dengan tetamu Kehormat selaku Pengerusi Majlis Bencana kebangsaan. Majlis Makan Malam ini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan baik yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara anggota ASEAN, ianya juga meningkatkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama di kalangan negara anggota ASEAN dan entiti yang lain bagi sama-sama merealisasikan mini, 'ONE ASEAN, ONE RESPONSE' dalam pengurusan bencana.

Majlis Makan Malam tersebut juga telah dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ms. Adelina Kamal, Executive Director of Asean Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Brunei Darussalam, Pegawai-Pegawai Kanan Kerjaan dan agensi-agensi berkepentingan dari dalam dan luar negara.


                IMG_4744.jpg

Created at 09/04/2019 15:40 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 12/04/2019 18:22 by Kartini Binti Yakub