Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KHEDN ADAKAN KEMPEN DERMA DARAH

IMG_4120.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sekali lagi mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bertempat di Lobi Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Bandar Seri Begawan.

Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya dan juga orang awam ikut serta menderma darah di kempen tersebut yang bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.  

Program tanggungjawab sosial korporat ini bertujuan untuk membantu menambah simpanan tabung darah Hospital RIPAS dan sebagai usaha bagi memupuk kesedaran kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan KHEDN dan Jabatan-Jabatannya tentang pentingnya menderma darah kepada mereka yang sangat memerlukan.

Kempen derma darah  pada hari ini adalah kali yang ketiga diadakan di kementerian ini.


                   IMG_4115.JPG

                    IMG_4117.JPG

                        



Created at 04/04/2019 10:31 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 04/04/2019 11:07 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi