Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE73 TAHUN BAGI TAHUN 2019

aa.jpg

​BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 01 April 2019 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun bagi Tahun 2019 yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar. 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail,Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Seterusnya Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun 
menyampaikan ucapan alu-aluan. 

Mesyuarat pertama ini adalah bagi membincangkan ketetapan tarikh acara-acara utama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun Bagi Tahun 2019. Mesyuarat juga membincangkan konsep dan format persembahan bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-Daerah. Mesyuarat juga mendengarkan mengenai pembinaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul dan perhiasan serta kain rentang dan vertical banner. Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara juga dibincangkan. 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md Said; Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Eksekutif dari sektor swasta dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun. 
 

                                       aab.jpg


Created at 01/04/2019 12:35 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 01/04/2019 12:36 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi