Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Lebih BND131 Juta Diperuntukkan

ADIL_LAILA_LOGO_VER_2.png

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr). Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, ketika memberikan Ucapan Mukadimah bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di sesi petang, hari keempat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), di Dewan Persidangan MMN, di Bangunan Dewan Majlis, hari ini menyatakan  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, insya Allah akan terus menumpukan apa jua perancangan dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang selari dengan objektif strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu ke arah memelihara keselamatan dan kesejahteraan awam, memangkin pembangunan sosio-ekonomi dan memantapkan perpaduan masyarakat.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Ngeri telah diperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak BND131,240,030 bagi Tahun Kewangan 2019/2020.

Yang Berhormat Pehin di dalam ucapan mukadimah beliau menyatakan ke arah memastikan kemajuan (progress) dicapai bagi ketiga-tiga objektif strategik yang digariskan, beberapa inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan diantaranya meliputi: Meningkatkan keberkesanan pengutipan hasil Kerajaan; Pembangunan prasarana ke arah meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat serta penduduk; Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai khasnya ke arah memudahcara proses perniagaan dan menyumbang kepada pembangunan eko-sistem perniagaan dan pelaburan; Mengujudkan masyarakat yang berdisiplin yang diharap akan turut membantu kepada meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti menjaga alam sekitar dan seumpamanya; dan Mengukuhkan dan memperkasa kepimpinan di peringkat akar umbi.   

Inisiatif-inisiatif tersebut termasuk:

  1. Inisiatif pembayaran cukai bangunan melalui Mobile Application 
  2. Public Private Partnership 
  3. Projek Revitalisasi Kampong Ayer 
  4. Penguatkuasaan undang-undang khususnya di dalam menjaga kebersihan
  5. Hawkers By Law
  6. Sistem Queup
  7. Menaiktaraf prasarana Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu
  8. Labour Management System
  9. Responsible Foreign Worker Displacement Ratio
  10. Pengisian jawatan-jawatan kosong bagi Penghulu dan Ketua Kampung seluruh negara
  11. Satu Kampung Satu Produk (1K1P)
  12. One Tambon One Product (OTOP)
  13. Satu Kampong Satu Keluarga (1K1K)
  14. Program Pemulihan
  15. Talk Program on Tremor Preparedness, National Table Top Exercise, Community Based Disaster Risk Management (CBDRM), School Based Disaster Risk Management (SBDRM) 
  16. Pemberigaan, jerayawara dan pendidikan mengenai bahayanya kebakaran 
Created at 14/03/2019 16:24 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 14/03/2019 16:24 by Kartini Binti Yakub