Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA MEMPERINGATI PENUBUHAN JABATAN PENJARA KE-65, 2019

IMG_2898.JPG

Bandar Seri Begawan, 28 Februari – Jabatan Penjara seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pada hari ini Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Penjara telah mengadakan dua Majlis serentak iaitu Majlis Doa Kesyukuran dan  Majlis Khatam Al-Qur'an, Sempena  Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke-65 Tahun, 2019 pada setiap 1hb Mac.

Majlis tersebut diadakan di Masjid  Ar-Rahman,Tanjung Bunut. Tetamu Kehormat di Majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud,  Setiausaha Tetap ( Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pengarah Penjara Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna, Pemangku Timbalan Pengarah Penjara Pengiran Haji Omar bin Pengiran Haji Othman, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta Kakitangan Jabatan Penjara.

            IMG_2908.JPG

Sembahyang Sunnat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Mohd Reduan bin Haji Marjuki, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ar-Rahman. Acara Khatam Al-Qur'an dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Setelah itu diteruskan lagi dengan Bacaan Doa Tahtim dan Bacaan Doa Khatam dan bacaan Doa Kesyukuran  yang diketuai oleh Imam Asbinin bin Haji Zainal, Imam Masjid Ar-Rahman, Kg Tanjung Bunut.

Created at 02/03/2019 14:36 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 02/03/2019 14:36 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi