BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Februari 2019 - Program Masjidku Ma'mur Negara Berkat yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada minggu ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan disokong oleh Jabatan Perdana Menteri.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Setiausaha Tetap Kemeterian Hal Ehwal Ugama; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Program tersebut bertujuan dan menjurus kepada mengajak Jemaah mema’murkan masjid dan memberikan peluang kepada para pengunjung acara ‘Bandarku Ceria‘ memulakan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui sembahyang fardhu secara berjemaah. Di antara pengisian Program itu ialah Sembahyang fardhu subuh secara berjemaah dan tazkirah bertajuk "Sukarelawan...Ikuttah Biskita' yang disampaikan oleh
Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor, Pengerusi Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.